Open Source Anjuran JPNT

Tuesday, March 17, 2009

PPDHT Sasar 1,000 Ahli BAKEP

Badan Kebajikan Pelajaran Terengganu (Bakep) Daerah Hulu Terengganu menyasarkan keahlian seramai 1,000 orang menjelang hujung tahun ini bagi membantu meringankan beban keluarga jika berlaku kematian.


YDP Bakep Hulu Terengganu, Shafruddin Hj. Ali Hussin berkata, sehingga kini hanya 550 orang sahaja yang sudah mendaftar sebagai ahli daripada 1,600 jumlah keseluruhan guru yang berada di daerah ini.

Katanya, walaupun tidak sampai separuh menyertai Bakep, pihaknya percaya mampu mencapai sasaran keahlian memandangkan kempen giat dijalankan di sekolah melalui pengetua dan guru besar.

"Kami berazam meningkatkan jumlah keahlian dan diharapakan guru atau kakitangan sekolah dapat menyertainya. Bakep bertujuan menjaga kebajikan guru dan membantu meringankan beban keluarga jika berlaku kematian.

"Dengan bayaran RM32 setahun, kami akan menyampaikan sumbangan berjumlah RM3000 jika berlaku kematian. Is sedikit sebanyak membantu ahli keluarga menggunakannya untuk urusan berkaitan.

"Guru perlu memanfaatkan Bakep dan menjelang tahun 2010, kita menyasarkan sumbangan sebanyak RM5000 bagi setiap berlakunya kematian seiring dengan pertambahan ahli," katanya lagi.

Cetak Artikel Ini

New R.Design | Template Collection