Open Source Anjuran JPNT

Tuesday, April 28, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Memanah MSSMT 2009


Dari kiri, Penyelia Khas Sukan, Roslan yusof, Timbalan PPDHT, Khalid Mustafa, Pegawai PPDHT Shafruddin Ali Hussin dan Penyelaras Sukan MSSMT, Rodzi Mohamed.


Baca Selanjutnya..

Saturday, April 4, 2009

Tahniah kontinjen olahraga MSSMHT

Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga MSSMHT yang telah beraksi cemerlang di kejohanan olahraga MSSMT kali ke-40 di Stadium Sultan Mizan, Kompleks Sukan Gong Badak berakhir semalam.

Dalam kejohanan selama empat hari itu, kontinjen MSSMHT berjaya meraih 8 emas, 5 perak dan 5 gangsa. Ianya merupakan peningkatan tiga pingat emas berbanding kejohanan sama tahun lalu. Walaupun belum mampu menandingi kehebatan kontinjen daerah lain terutama MSSM Besut yang muncul sebagai juara dengan 16 emas, kejayaan MSSMHT itu dilihat menjadi titik tolak keyakinan diri untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tuan Pegawai PPD Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin turut memuji persembahan bersemangat semua atlet dan jurulatih yang terlibat. Manakala, Penyelia Khas Sukan, Roslan Mamat pula menyifatkan apa yang diperolehi oleh skuad Hulu Terengganu itu memang memadai dengan kekuatan yang sedia ada.

Banyak acara yang di luar jangka telah memberikan kejayaan cemerlang, terutama larian jarak jauh.

Syabas!!

Kedudukan Pingat Hari Terakhir:

Bil. Daerah Emas Perak Gangsa ke-4
1. MSSM Besut 16(Emas) 7 (Perak) 18(Gangsa) 9(ke-4)
2. MSSM Marang 15(Emas) 8 (Perak) 4(Gangsa) 4(ke-4)
3. MSSM Setiu 11 (Emas) 10(Perak)6(Gangsa) 14(ke-4)
4. MSSM Kemaman 11(Emas) 8 (Perak)13(Gangsa) 11(ke-4)
5. MSSM KTU 11 (Emas)7 (Perak)11(Gangsa) 10(ke-4)
6. MSSM KTS 9 (Emas)25 (Perak) 14 (Gangsa)16(ke-4)
7. MSSM HTRG 8 (Emas) 5 (Perak)5 (Gangsa)7(ke-4)
8. MSSM Dungun 3 (Emas) 14 (Perak)13(Gangsa) 13(ke-4)

Atlet MSSM HTRG yang memecah rekod Kejohanan;

1. Sulaiman Mat Amin (5000m) - 17:24:3 (rekod baru), MSSM- 15:39:2
2. NurFazlina Hitam (L/Tinggi) - 1.55m (rekod baru), MSSM- 1.71m

Tahniah!

Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 31, 2009

Kem Motivasi Sekolah Rendah Hulu Terengganu

Hampir 350 orang pelajar Sekolah Rendah dari seluruh daerah Hulu Terengganu telah menghadiri ceramah motivasi peringkat daerah semalam.


Ceramah Motivasi anjuran PPDHT itu bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar bagi persediaan menghadapi UPSR tahun ini. Penceramah undangan, YM Raja Kamrin Raja Harun diundang memberikan ucapan serta mengendalikan slot ceramah.
Majlis berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.


Baca Selanjutnya..

Sunday, March 29, 2009

Berita Bola Tampar Daerah: SK

Persefahaman berpasukan dan ketenangan pemain ketika beraksi dalam perlawanan akhir telah menjulang pasukan Zon Kumpulan Dinamik Sekolah Rendah 2 (KDSR 2) dalam kejohanan bola tampar peringkat daerah di gelanggang SMK Seri Berang kelmarin.

Pasukan lelaki Zon KDSR 2 ‘B’ yang diwakili oleh pemain dari SK Kuala Dura dan SK Seri Berang menunjukkan kebolehan mematikan servis lawan dan beberapa pemain tonggak berjaya melakukan servis yang tajam membantu mereka mengalahkan pasukan juara bertahan, Zon KDSR 1 ‘A’ yang majoriti diwakili oleh pemain SK Bukit Apit dengan 10-25, 25-22 dan 15-12 dalam final lelaki bawah 12 tahun.


Perlawanan set pertama berlangsung hambar, di mana pasukan Zon KDSR 1 A berjaya mengutip mata mudah. Zon KDSR 2 B yang berjaya membuat kejutan mara ke final tidak mampu melakukan sesuatu untuk menyekat kemenangan pihak lawan.

Walaupun ketinggalan kepada pasukan lawan, pemain Zon KDSR 2 B menunjukkan sikap tenang mereka dan mendengar setiap arahan jurulatih untuk kembali mendapatkan mata ketika mereka beraksi dalam set kedua. Malah kedudukan mata yang seringkali bertukar menjadikan perlawanan bertambah menarik. Namun, kelebihan pasukan Zon KDSR 2 B yang berjaya mematikan servis lawan merupakan kunci kejayaan mereka muncul pemenang.

Permainan di set penentuan pula menyaksikan pasukan Zon KDSR 1 A terus l memberi tentangan, namu apabila tewas 12-15 dalam masa 25 minit sahaja. Kemenangan itu mengesahkan kejuaraan adalah milik Zon KDSR 2 B setelah menang dengan mata 2-1.

Jurulatih Zon KDSR 2 B, Mohd Nasir Abd. Rahman berkata, pasukannya berjaya bermain dalam satu pasukan dan mendengar setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih. Mereka juga tidak banyak melakukan kesilapan ketika beraksi dalam final tersebut.

“Semua pemain menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan berupaya mengekang asakan pihak lawan. Ini menaikkan semangat mereka untuk terus memungut mata demi mata apabila berada di penghujung saingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam aksi separuh akhir, pasukan Zon KDSR 2 B telah mengalahkan pasukan SK Tanggol dengan straight set 25-14, 25-21. Manakala Zon KDSR 1 A mengecewakan pasukan SK Telaga dengan 25-23, 25-20 untuk mara ke funal menentang Zon KDSR 2 B.

Keputusan bagi kategori bawah 12 tahun perempuan pula menyaksikan pasukan Zon KDSR 2 A muncul juara apabila mereka turut menewaskan pasukan Zon KDSR 1 B dengan 25-21, 25-20. Pasukan Zon KDSR 2 A menunjukan semangat melawan pada set pertama dan mengejutkan lawannya itu yang dilabel sebagai pasukan pilihan. Hasrat Zon KDSR 1 B mahu menebus kehampaan pasukan lelakinya tidak kesampaian apabila Zon KDSR 2 A bermain dengan cemerlang.

Ini merupakan kejuaraan berganda buat Zon KDSR 2 apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan mereka berjaya muncul juara untuk membuktikan penguasaan SK Bukit Apit dan SK Tanggol boleh dirobohkan. Pihak jawatankuasa pemilihan telah mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan ke latihan pusat bagi mewakili daerah ke peringkat negeri pada April nanti.

Baca Selanjutnya..

Saturday, March 28, 2009

Majlis Penutup Perkhemahan: Hulu Terengganu naib juara

Kontinjen daerah Hulu Terengganu hanya muncul sebagai naib juara keseluruhan perkhemahan gabungan KRS & Ngo sekolah-sekolah peringkat negeri Terengganu 2009, apabila tewas tipis di tangan kontinjen Setiu. Perkhemahan yang diadakan di Kem Kokurikulum Merbau Menyusut, Setiu itu bermula 25 Mac dan berakhir pada 28 Mac 2009.


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Haji Salleh Haji Busu telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang, sekaligus berucap merasmikan majlis penutupan tersebut. Beliau diiringi oleh Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPDHT, Haji Abd. Rahman Abu Bakar sebagai mewakili Tuan Pegawai PPDHT. Turut hadir, En Othman Long, Penyelia Ko-Kurikulum PPDHT serta semua penyelia Ko-Kurikulum PPDHT seluruh negeri.

Kontinjen Daerah Hulu Terengganu menyerlah dalam pertandingan Kebudayaan lelaki dan perempuan, serta kraf perkhemahan lelaki dan perempuan.

Menurut Timbalan Kem Komandan, Norlaili Abd. Rahman, semua peserta Hulu Terengganu akan mengiringi kontinjen Setiu dalam perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Kelantan (perempuan), dan Kedah (Lelaki).

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Baca Selanjutnya..

Sunday, March 22, 2009

Kemaskini: Ucapan Takziah

Seluruh Warga guru daerah Hulu Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Mohd Adnan (SK Kuala Dura) yang meninggal dunia pada jam 10.10 pagi ini (23 Mac 2009) di kediamannya, Taman Kuala Berang (bersebelahan Taman Kenanga).


Allahyarham Cikgu Mohd Adnan yang menghidap sakit barah tulang, disahkan meninggal dunia oleh Dr. Mamad Puteh yang dihubungi oleh ahli keluarganya. Arwah juga meninggalkan seorang balu (Cikgu Meriam) bertugas di SK Kemat, serta 5 orang anak yang masih kecil. Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Kok Lanas, Kelantan.
(Jenazah Cikgu Mohd Adnan diusung ke kereta Jenazah selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Mahmud)

Semoga roh Allahyarham Cikgu Adnan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah!!

Baca Selanjutnya..

SK Seri Berang Tuan Rumah Bola Tampar Zon KDSR 2




A
ktiviti sukan bersambung kembali selepas sekolah bercuti selama seminggu. Minggu ini, SK Seri Berang menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola tampar peringkat Zon KDSR 2. Perlawanan awal pada 22 Mac 2009 tertangguh akibat hujan lebat dan disambung pada pagi ini (23 Mac). Juara dan Naib Juara bakal mewakili Zon ke pertandingan peringkat daerah.


Baca Selanjutnya..

Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan KRS & NGO Peringkat Negeri

Pihak Jawatankuasa Perkhemahan KRS & NGO peringkat negeri telah mengadakan mesyuarat kali terakhir di tapak perkhemahan Merbau Menyusut, Setiu semalam. Ianya diadakan untuk menerima maklum balas terakhir daripada semua jawatankuasa kerja sebagai persediaan perkhemahan itu nanti.

Majlis telah dipengerusikan oleh Timbalan PPDHT, En. Khalid Mustafa. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan termasuklah, Penolong Pengarah Kokurikulum JPNT, En. Mazlan, penyelia kokurikulum PPDHT, En. Othman Long, wakil PPDHT semua daerah, Pengerusi Jawatankuasa/wakil, serta penyelaras jawatankuasa masing-masing.

Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari. Semua wakil jawatankuasa menyerahkan laporan masing-masing dan segala permasalahan yang timbul akan diselesaikan sebelum perkhemahan bermula.

Jawatankuasa Dokumentasi & Buletin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Merbau Menyusut kerana sudi memberikan bilik KH sekolah berkenaan sebagai tempat beroperasi.

Senarai Jawatankuasa Petkhemahan kali ini terdiri daripada;
1. JK Aktiviti, Pertandingan, Teknikal dan Jurulatih
Pengerusi: SMK Kuala Telemong
Penyelaras: Puan Wan Zaleha Ngah (SMK Telemong)

2. JK Persiapan Tempat & Penginapan
Pengerusi : SMK Kuala Jenderis & SK Merbau Menyusut
Penyelaras : En. Ehsam Busu (SK Menerong)

3. JK Kerohanian & Moral
Pengerusi : SMA Mahmudiah
Penyelaras : En. Abd. Aziz Shaik Maatok (SMK Kuala Jenderis)

4. JK Logistik
Pengerusi : SMK Tersat
Penyelaras : En. Abd. Razak Abdullah (SK Felda Tersat)

5. JK Sambutan
Pengerusi : SMK Seri Berang
Penyelaras : Pn. Nor Rida Abdullah (SK Tok Randok)

6. JK Dokumentasai, Buletin, Rakaman, & Publisiti
Pengerusi : SMK Menerong
Penyelaras : En. mohd Yuseri Che Din (SK Seri Berang)

7. JK Sijil, Cenderamata, & Hadiah
Pengerusi : SMK Tg Amuan Intan
Penyelaras : Pn Norlalili Hj Abd. Rahman

8. JK Majlis Perasmian Penutup, Buku rogram, Juruacara & Bacaan Doa
Pengerusi : SMK Bukit Diman
Penyelaras : Pn Siti Kembang Salleh (SK Tok Randok)

9. JK Makanan
Pengerusi : SMK Jenagor
Penyelaras : En. Zubir Abdullah (SK Ajil)

10.JK Kecemasan & Rawatan
Pengerusi : SMK Ajil
Penyelaras : En. Abd. Rahman Aziz (SMK Ajil)

11.JK Keselamatan, Kawalan & Lalu lintas
Pengerusi : SMK Landas
Penelaras : En. Manan Mat Min (SMK Landas)

12.JK Siaraya & Malam Persembahan
Pengerusi : SM Imtiaz
Penyelaras : En. Shamsurizat Hashim (SK Kuala Ping)

13.JK Aktiviti Intergrasi
Pengerusi : SMK Matang
Penelaras : En/ Khalid Ali( SK Kuala Dura)

Baca Selanjutnya..

Saturday, March 21, 2009

Pengarah Rasmi Majlis Penutup Skuasy Kebangsaan

Kejohanan skuasy MSSM akhirnya melabuhkan tirainya pada 20 Mac 2009 di perkarangan stadium utama Sultan Zainal Abidin, Gong Badak selepas berpesta selama 6 hari.
Pengarah Pelajaran Terengganu, Haji Ariffin Embong sudi hadir ke majlis perasmian penutup, sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan kali ini dengan mengumpul 44 mata keseluruhan meninggalkan pasukan Pulau Pinang di belakang. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Haji Abd. Rahman Abu Bakar, yang mewakili PPD Hulu Terengganu. Sebanyak 14 buah pasukan telah menyertai kejohanan kali ini. Pencapaian terbaik tuan rumah adalah muncul naib juara dalam ketegori perempuan bawah 12 tahun.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 17, 2009

PPDHT Sasar 1,000 Ahli BAKEP

Badan Kebajikan Pelajaran Terengganu (Bakep) Daerah Hulu Terengganu menyasarkan keahlian seramai 1,000 orang menjelang hujung tahun ini bagi membantu meringankan beban keluarga jika berlaku kematian.


YDP Bakep Hulu Terengganu, Shafruddin Hj. Ali Hussin berkata, sehingga kini hanya 550 orang sahaja yang sudah mendaftar sebagai ahli daripada 1,600 jumlah keseluruhan guru yang berada di daerah ini.

Katanya, walaupun tidak sampai separuh menyertai Bakep, pihaknya percaya mampu mencapai sasaran keahlian memandangkan kempen giat dijalankan di sekolah melalui pengetua dan guru besar.

"Kami berazam meningkatkan jumlah keahlian dan diharapakan guru atau kakitangan sekolah dapat menyertainya. Bakep bertujuan menjaga kebajikan guru dan membantu meringankan beban keluarga jika berlaku kematian.

"Dengan bayaran RM32 setahun, kami akan menyampaikan sumbangan berjumlah RM3000 jika berlaku kematian. Is sedikit sebanyak membantu ahli keluarga menggunakannya untuk urusan berkaitan.

"Guru perlu memanfaatkan Bakep dan menjelang tahun 2010, kita menyasarkan sumbangan sebanyak RM5000 bagi setiap berlakunya kematian seiring dengan pertambahan ahli," katanya lagi.

Baca Selanjutnya..

Monday, March 16, 2009

PPDHT Hulur Sumbangan

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Safruddin Haji Ali Hussin diiringi Timbalan PPDHT, Khalid Mustafa menyampaikan cek kepada suami arwah Norhayati Mohamad, Wan Mustafa.


Alahyarhamah Norhayati (seorang guru) meninggal dunia akibat menderita kanser payu dara selama 4 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Nur Zahirah, Kuala Terengganu.



Baca Selanjutnya..

Permohonan Masuk Universiti

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Telah Dibuka ! Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian di peringkat Diploma / Program Persediaan dan Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Syarat Kemasukan dan Cara Membuat Permohonan adalah seperti berikut:

Kategori Lepasan STPM/ STAM

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara seperti berikut:

1. Lulusan STPM Tahun 2008 sahaja; dan
2. Lulusan STAM Tahun 2008, 2007 dan 2006.

Nota: Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan. (Rujuk Bahagian Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)

Kategori Lepasan SPM/ SETARAF

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:

* Kategori A : Pemohon lepasan SPM tahun 2008;
* Kategori B : Pemohon lepasan SPM tahun 2006 atau SPM tahun 2007;
* Kategori C : Pemohon lepasan SPM/SPMV tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA;
* Kategori D : Pemohon Lepasan SPM tahun 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, dan sijil ulangan SPM tahun 2008 atau; Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 dengan sijil ulangan SPM tahun 2008.

Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

* Kaedah Pembelian: Kaunter atau Mesin ATM/SMS Banking (Bagi pemegang akaun BSN GIRO sahaja)
* No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
* Bayaran: RM 15.60 (Lepasan STPM / STAM - Peringkat Pengajian Ijazah Pertama)
* Bayaran: RM 10.60 (Lepasan SPM / Setaraf - Peringkat Diploma/Persediaan [Asasi/Tahmid] )
* Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) sahaja. Untuk mendapat maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon sila layari laman web berikut:

* http://www.mohe.gov.my, atau
* http://upu.mohe.gov.my

Bagi pengguna Mozilla Firefox dan Internet Explorer yang menghadapi masalah sewaktu melayari laman berkenaan, cuba rujuk panduan capaian ke laman web berkenaan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel: 03-8883 5801/5802 | Faks: 03-8889 4260 | E-mel: \n upu@mohe.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

* Kategori B, C dan D (Lepasan SPM/Setaraf) pada 03 Mac 2009.
* Lepasan STPM / STAM / SPM tahun 2008 ialah 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi STPM / STAM / SPM tahun 2008 diumumkan.

Semoga Berjaya!

Baca Selanjutnya..

Saturday, March 14, 2009

Cemerlang SPM

Pelajar cemerlang SPM 9A1

Baca Selanjutnya..

Pelajar Cemerlang STPM

Pelajar cemerlang STPM 4.0

Baca Selanjutnya..

New R.Design | Template Collection