Open Source Anjuran JPNT

Friday, March 21, 2008

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 DAN 2011

Adalah dimaklumkan, Kementerian Pelajaran telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Untuk itu, perlaksanaan prosedur adalah seperti berikut:

1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal 2 (DUA) tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah.

* Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2004 hingga 1 Januari 2005 untuk tahun persekolahan 2011

* Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2003 hingga 1 Januari 2004 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2010

2. Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 31 Mac 2009

3. Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut :
* Tarikh : 1 hingga 31 Mac 2009
* Hari : Setiap Hari Bekerja
* Masa : Waktu Pejabat Sekolah Berkenaan


# Permohonan penempatan LEWAT bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2003 hingga 1 Januari 2004 untuk memasuki Tahun 1 dalam tahun 2010 boleh terus dilaksanakan di peringkat sekolah atau JPN/PPD

# Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa/penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut :

* Sijil Lahir Kanak-kanak Berkenaan (Salinan asal dan salinan fotostat)
* Bukti alamat tempat tinggal (Bil Elektrik/ Bil Air/ Dokumen yang berkenaan)

# Semakan perlu dilakukan kepada Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut adalah WARGANEGARA MALAYSIA

# Permohonan melibatkan sekolah lelaki dan sekolah perempuan perlu diteliti dengan jantina kanak-kanak yang terbabit. Walau bagaimana pun, kes ini tidak membabitkan permohonan penempatan bagi sekolah-sekolah bercampur.

# Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan, cop skolah hendaklah diturunkan di belakang Sijil Lahir dan ditulis tarikh permohonan serta bilangan permohonan. Sekiranya terdapat cop sekolah lain yang belum dibatalkan, ibu bapa/ penjaga dinasihatkan supaya memohon pembatalan permohonan sebelum permohonan baru dibuat.

# Bagi permohonan penempatan bagi kanak-kanak cacat penglihatan/ cacat pendengaran/ terencat akal rengan (bermasalah pembelajaran), dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum mendaftar. Borang pemeriksaan doktor boleh didapati di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Johor.

# Bagi kanak-kanak bukan warganegara (bagi sesi persekolahan 2010) :

* Permohonan dikehendaki dibuat di Jabatan Pelajaran Johor selepas 1 Oktober 2009. Setiap borang permohonan hendaklah diisi dalam 4 salinan (Borang Permohonan Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan). Dokumen yang perlu disertakan adalah :

o 2 salinan Sijil Lahir Kanak-kanak
o 2 salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
o 2 salinan Paspot Anak dan Ibu Bapa
o Jika ibu bapa bekerja di Malaysia, sertakan :
+ 2 salinan Pas Pengajian yang sah
+ 2 salinan Pas Tanggungan (Anak/ Ibu)
+ 2 salinan Surat Majikan
o Jika permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila sertakan :
+ 2 salinan Sijil Lahir
+ 2 salinan Kad Pengenalan Murid dan Ibu Bapa
+ 2 salinan Paspot Murid dan Ibu Bapa
+ 2 salinan surat keterangan hubungannya dengan murid ( Contoh Surat Daftar Anak Angkat)
o Semua Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Sila hubungi Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut mengenai perkara di atas.

# Walau apapun, ibu bapa/ penjaga perlu maklum bahawa permohonan penempatan yang telah dibuat tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah yang dimohon.

Cetak Artikel Ini

New R.Design | Template Collection