Open Source Anjuran JPNT

Tuesday, April 28, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Memanah MSSMT 2009


Dari kiri, Penyelia Khas Sukan, Roslan yusof, Timbalan PPDHT, Khalid Mustafa, Pegawai PPDHT Shafruddin Ali Hussin dan Penyelaras Sukan MSSMT, Rodzi Mohamed.


Baca Selanjutnya..

Saturday, April 4, 2009

Tahniah kontinjen olahraga MSSMHT

Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga MSSMHT yang telah beraksi cemerlang di kejohanan olahraga MSSMT kali ke-40 di Stadium Sultan Mizan, Kompleks Sukan Gong Badak berakhir semalam.

Dalam kejohanan selama empat hari itu, kontinjen MSSMHT berjaya meraih 8 emas, 5 perak dan 5 gangsa. Ianya merupakan peningkatan tiga pingat emas berbanding kejohanan sama tahun lalu. Walaupun belum mampu menandingi kehebatan kontinjen daerah lain terutama MSSM Besut yang muncul sebagai juara dengan 16 emas, kejayaan MSSMHT itu dilihat menjadi titik tolak keyakinan diri untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tuan Pegawai PPD Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin turut memuji persembahan bersemangat semua atlet dan jurulatih yang terlibat. Manakala, Penyelia Khas Sukan, Roslan Mamat pula menyifatkan apa yang diperolehi oleh skuad Hulu Terengganu itu memang memadai dengan kekuatan yang sedia ada.

Banyak acara yang di luar jangka telah memberikan kejayaan cemerlang, terutama larian jarak jauh.

Syabas!!

Kedudukan Pingat Hari Terakhir:

Bil. Daerah Emas Perak Gangsa ke-4
1. MSSM Besut 16(Emas) 7 (Perak) 18(Gangsa) 9(ke-4)
2. MSSM Marang 15(Emas) 8 (Perak) 4(Gangsa) 4(ke-4)
3. MSSM Setiu 11 (Emas) 10(Perak)6(Gangsa) 14(ke-4)
4. MSSM Kemaman 11(Emas) 8 (Perak)13(Gangsa) 11(ke-4)
5. MSSM KTU 11 (Emas)7 (Perak)11(Gangsa) 10(ke-4)
6. MSSM KTS 9 (Emas)25 (Perak) 14 (Gangsa)16(ke-4)
7. MSSM HTRG 8 (Emas) 5 (Perak)5 (Gangsa)7(ke-4)
8. MSSM Dungun 3 (Emas) 14 (Perak)13(Gangsa) 13(ke-4)

Atlet MSSM HTRG yang memecah rekod Kejohanan;

1. Sulaiman Mat Amin (5000m) - 17:24:3 (rekod baru), MSSM- 15:39:2
2. NurFazlina Hitam (L/Tinggi) - 1.55m (rekod baru), MSSM- 1.71m

Tahniah!

Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 31, 2009

Kem Motivasi Sekolah Rendah Hulu Terengganu

Hampir 350 orang pelajar Sekolah Rendah dari seluruh daerah Hulu Terengganu telah menghadiri ceramah motivasi peringkat daerah semalam.


Ceramah Motivasi anjuran PPDHT itu bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar bagi persediaan menghadapi UPSR tahun ini. Penceramah undangan, YM Raja Kamrin Raja Harun diundang memberikan ucapan serta mengendalikan slot ceramah.
Majlis berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.


Baca Selanjutnya..

Sunday, March 29, 2009

Berita Bola Tampar Daerah: SK

Persefahaman berpasukan dan ketenangan pemain ketika beraksi dalam perlawanan akhir telah menjulang pasukan Zon Kumpulan Dinamik Sekolah Rendah 2 (KDSR 2) dalam kejohanan bola tampar peringkat daerah di gelanggang SMK Seri Berang kelmarin.

Pasukan lelaki Zon KDSR 2 ‘B’ yang diwakili oleh pemain dari SK Kuala Dura dan SK Seri Berang menunjukkan kebolehan mematikan servis lawan dan beberapa pemain tonggak berjaya melakukan servis yang tajam membantu mereka mengalahkan pasukan juara bertahan, Zon KDSR 1 ‘A’ yang majoriti diwakili oleh pemain SK Bukit Apit dengan 10-25, 25-22 dan 15-12 dalam final lelaki bawah 12 tahun.


Perlawanan set pertama berlangsung hambar, di mana pasukan Zon KDSR 1 A berjaya mengutip mata mudah. Zon KDSR 2 B yang berjaya membuat kejutan mara ke final tidak mampu melakukan sesuatu untuk menyekat kemenangan pihak lawan.

Walaupun ketinggalan kepada pasukan lawan, pemain Zon KDSR 2 B menunjukkan sikap tenang mereka dan mendengar setiap arahan jurulatih untuk kembali mendapatkan mata ketika mereka beraksi dalam set kedua. Malah kedudukan mata yang seringkali bertukar menjadikan perlawanan bertambah menarik. Namun, kelebihan pasukan Zon KDSR 2 B yang berjaya mematikan servis lawan merupakan kunci kejayaan mereka muncul pemenang.

Permainan di set penentuan pula menyaksikan pasukan Zon KDSR 1 A terus l memberi tentangan, namu apabila tewas 12-15 dalam masa 25 minit sahaja. Kemenangan itu mengesahkan kejuaraan adalah milik Zon KDSR 2 B setelah menang dengan mata 2-1.

Jurulatih Zon KDSR 2 B, Mohd Nasir Abd. Rahman berkata, pasukannya berjaya bermain dalam satu pasukan dan mendengar setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih. Mereka juga tidak banyak melakukan kesilapan ketika beraksi dalam final tersebut.

“Semua pemain menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan berupaya mengekang asakan pihak lawan. Ini menaikkan semangat mereka untuk terus memungut mata demi mata apabila berada di penghujung saingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam aksi separuh akhir, pasukan Zon KDSR 2 B telah mengalahkan pasukan SK Tanggol dengan straight set 25-14, 25-21. Manakala Zon KDSR 1 A mengecewakan pasukan SK Telaga dengan 25-23, 25-20 untuk mara ke funal menentang Zon KDSR 2 B.

Keputusan bagi kategori bawah 12 tahun perempuan pula menyaksikan pasukan Zon KDSR 2 A muncul juara apabila mereka turut menewaskan pasukan Zon KDSR 1 B dengan 25-21, 25-20. Pasukan Zon KDSR 2 A menunjukan semangat melawan pada set pertama dan mengejutkan lawannya itu yang dilabel sebagai pasukan pilihan. Hasrat Zon KDSR 1 B mahu menebus kehampaan pasukan lelakinya tidak kesampaian apabila Zon KDSR 2 A bermain dengan cemerlang.

Ini merupakan kejuaraan berganda buat Zon KDSR 2 apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan mereka berjaya muncul juara untuk membuktikan penguasaan SK Bukit Apit dan SK Tanggol boleh dirobohkan. Pihak jawatankuasa pemilihan telah mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan ke latihan pusat bagi mewakili daerah ke peringkat negeri pada April nanti.

Baca Selanjutnya..

Saturday, March 28, 2009

Majlis Penutup Perkhemahan: Hulu Terengganu naib juara

Kontinjen daerah Hulu Terengganu hanya muncul sebagai naib juara keseluruhan perkhemahan gabungan KRS & Ngo sekolah-sekolah peringkat negeri Terengganu 2009, apabila tewas tipis di tangan kontinjen Setiu. Perkhemahan yang diadakan di Kem Kokurikulum Merbau Menyusut, Setiu itu bermula 25 Mac dan berakhir pada 28 Mac 2009.


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Haji Salleh Haji Busu telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang, sekaligus berucap merasmikan majlis penutupan tersebut. Beliau diiringi oleh Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPDHT, Haji Abd. Rahman Abu Bakar sebagai mewakili Tuan Pegawai PPDHT. Turut hadir, En Othman Long, Penyelia Ko-Kurikulum PPDHT serta semua penyelia Ko-Kurikulum PPDHT seluruh negeri.

Kontinjen Daerah Hulu Terengganu menyerlah dalam pertandingan Kebudayaan lelaki dan perempuan, serta kraf perkhemahan lelaki dan perempuan.

Menurut Timbalan Kem Komandan, Norlaili Abd. Rahman, semua peserta Hulu Terengganu akan mengiringi kontinjen Setiu dalam perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Kelantan (perempuan), dan Kedah (Lelaki).

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Baca Selanjutnya..

Sunday, March 22, 2009

Kemaskini: Ucapan Takziah

Seluruh Warga guru daerah Hulu Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Mohd Adnan (SK Kuala Dura) yang meninggal dunia pada jam 10.10 pagi ini (23 Mac 2009) di kediamannya, Taman Kuala Berang (bersebelahan Taman Kenanga).


Allahyarham Cikgu Mohd Adnan yang menghidap sakit barah tulang, disahkan meninggal dunia oleh Dr. Mamad Puteh yang dihubungi oleh ahli keluarganya. Arwah juga meninggalkan seorang balu (Cikgu Meriam) bertugas di SK Kemat, serta 5 orang anak yang masih kecil. Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Kok Lanas, Kelantan.
(Jenazah Cikgu Mohd Adnan diusung ke kereta Jenazah selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Mahmud)

Semoga roh Allahyarham Cikgu Adnan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah!!

Baca Selanjutnya..

SK Seri Berang Tuan Rumah Bola Tampar Zon KDSR 2




A
ktiviti sukan bersambung kembali selepas sekolah bercuti selama seminggu. Minggu ini, SK Seri Berang menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola tampar peringkat Zon KDSR 2. Perlawanan awal pada 22 Mac 2009 tertangguh akibat hujan lebat dan disambung pada pagi ini (23 Mac). Juara dan Naib Juara bakal mewakili Zon ke pertandingan peringkat daerah.


Baca Selanjutnya..

New R.Design | Template Collection