Open Source Anjuran JPNT

Sunday, March 16, 2008

Anugerah UPSR & PMR 2008

HULU TERENGGANU- Seramai 169 orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang (5A) dalam UPSR dan 75 orang penerima anugerah cemerlang PMR (8A) diraikan dalam satu majlis anugerah kecemerlangan Peperiksaan UPSR dan PMR 2008 anjuran Pejabat Parlimen Hulu Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu (PPDHT).

Majlis pelancaran dan penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Intan SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman. Ianya turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia, Zawawi Ismail merangkap ADUN Kuala Berang, serta Pegawai Pelajaran PPDHT, Safruddin Ali Husin.

Menurut Pegawai PPDHT, Safruddin Ali Husin, anugerah tersebut melibatkan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh daerah Hulu Terengganu.

Katanya, keseluruhan penerima anugerah kecemerlangan ini adalah sebanyak 233 orang di dalam peperiksaan UPSR dan 87 orang dalam peperiksaan PMR, di mana bakinya menerima anugerah tersebut dalam majlis berasingan di Dewan Siviks Ajil, Hulu Terengganu pada 7 Febuari lalu.

“Pada tahun 2008 yang lalu, pencapaian 5A dalam UPSR adalah sebanyak 233 orang, iaitu 13.2 peratus daripada 1764 orang calon. Daripada jumlah tersebut, seramai 66 pelajar pula mencapai keputusan semua A, iaitu 3.87 peratus yang menduduki peperiksaan tersebut,” katanya lagi.

Sinar Harian difahamkan, dalam usaha ke arah mencapai keputusan yang cemerlang dan lebih baik dalam peperiksaan awam pada tahun hadapan, beberapa langkah strategik sedang diambil oleh pihak PPDHT.

Semua warga pendidik daerah Hulu Terengganu diarahkan mengambil beberapa langkah stategik dan menyusun beberpa program yang difikirkan berkesan dengan sokongan pelbagai pihak di bawah pimpinan Pegawai PPDHT, Shafruddin Ali Husin.

Dalam ucapan aluan di majlis tersebut, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman berharap ibu bapa memainkan peranan berterusan agar momentum pencapaian cemerlang anak-anak mereka berterusan.

“Jangan anggap anak-anak kita yang mendapat cemerlang dalam UPSR akan cemerlang juga nanti dalam PMR, dan ng cemerlang dalam PMR pula akan terus cemerlang dalam SPM. Ibu bapa mestilah sentiasa memantau perkembangan anak mereka tanpa mengharap pihak sekolah semata-mata jika ingin terus cemerlang,” katanya lagi.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan anugerah berupa sijil penghargaan kepada semua pelajar. Setiap pelajar cemerlang UPSR dianugerahkan saguhati sebanyak RM100, manakala pelajar cemerlang PMR diberikan hadiah sebanyak RM200 seorang.

Sebelum itu, Mohd Nor sebagai wakil warga pendidik Hulu Terengganu telah sudi menyampaikan sumbangan tabung bencana Palestin kepada wakil Berita Harian berjumlah RM20,000.00 untuk mangsa kekejaman Zionis di Palestin. SK Seri Berang menjadi sekolah terbanyak melakukan kutipan peringkat sekolah rendah dengan jumlah RM700, manakala bagi SMK Seri Berang pula mengutip sebanyak RM1153 untuk peringkat sekolah menengah.

Sementara itu, di majlis sama yang diadakan di Dewan Siviks Ajil bagi DUN Ajil pula, ianya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Ajil, Rosol Wahid. Dalam ucapannya, beliau juga menyeru semua ibu bapa memainakn peranan berharga dalam mendidik anak-anak agar menuju kecemerlangan.

petikan Sinar Harian.

Cetak Artikel Ini

New R.Design | Template Collection